Rabu, 15 Oktober 2025

Memahami maksud DO'A

 Berdo'a untuk diri, kedua ibu-bapa dan keluarga di dalam pelbagai situasi

Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak

9 May 2024  · 

Antara lafaz doa yang boleh dibaca adalah berbeza mengikut siapa yang ingin didoakan. Sekiranya seseorang itu hanya ingin mendoakan kepada dirinya dan kedua ibu bapanya sahaja boleh membaca dengan lafaz ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Adapun, sekiranya seseorang itu sedang bersama adik-beradiknya dan ingin mendoakan kedua ibu bapa mereka bersama-sama boleh berdoa dengan lafaz ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Selain itu, lafaz yang ketiga ini bukan hanya terhad kepada ibu bapa, bahkan ia termasuk datuk, nenek dan ke atas. Lafaz tersebut adalah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa ibu bapa kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Justeru, seseorang yang ingin berdoa perlu melihat atau memilih lafaz yang sesuai sama di dalam berdoa.

Begitu juga kepada para imam, perlu berdoa untuk semua jemaah yang hadir dan bukan untuk dirinya sahaja.

Penutup :

Kesimpulannya, doa kepada kedua ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut.

Ini kerana, Allah SWT mengajar kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapa sepertimana yang disebut di dalam al-Quran.

Sumber :

https://muftiwp.gov.my/.../3683-irsyad-al-hadith-siri-ke...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab Muamalat dar Kitab Matla‘ al-Badrayn wa Majma‘ al-Bahrayn

  Kitab Matla‘ al-Badrayn : Panduan Jual Beli Salam dalam Bahasa Melayu Pengenalan Kitab Kitab Matla‘ al-Badrayn wa Majma‘ al-Bahrayn (...